Thursday, December 6, 2012

Friday,00.38 pg/7.12.12

:: SUAMI : KETIKA ISTERIMU MENANGIS, GENGGAMLAH ERAT TANGANNYA ::

Jika isterimu menangis dihadapanmu, hargailah ia sebelum terlewat. Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi, Jika kau memegang tanggannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu selamanya...

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, Dia akan menjadi lemah...Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah hanya jika dia sangat menyayangimu. Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai para suami, jika isterimu pernah menangis keranamu, peganglah erat tangannya dengan penuh pengertian kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam...Wahai para suami, jika isterimu menangis keranamu, jangan kamu mengia-iakan, mungkin kerana keputusanmu kau merosakkan hidupnya...

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu, lihatlah jauh ke dalam matanya. Dapatkah kau lihat dan dapatkah kau rasakan betapa dia sedang 'SAKIT' ??

Apakah keistimewaan perempuan ini ?
Disebalik kelembutannya dia memiliki kekuatan yang begitu dasyat..Tutur katanya merupakan kebenaran..Senyumannya adalah semangat buat org yang dicintainya...Pelukan Ciumannya bisa memberi kehangatan bagi anak-anaknya..

Dia tersenyum bila melihat temannya tertawa...
Dia terharu bila melihat kesengsaraan pada orang yang dikasihinya...
Dia mampu tersenyum disebalik kesedihannya...
Dia sangat gembira melihat kelahiran...
Dia begitu sedih melihat kematian...

Titisan airmatanya bisa membawa perdamaian, tapi dia sering dilupakan suami bahawa BETAPA BERHARGANYA SEORANG ISTERI.....

kata2 ni menarik dan menyentuh hati saya....sj saya kongsikan kat sini...hope korang pun selami ayat2 ni erk...daaaa

Sunday, August 12, 2012

Hai...lama nyer tak duk mnulis kata blog ni...

"1st of all..nak wish SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH DBULAN RAMADAH PENUH KEBERKATAN"""",,,,


Lagi 6 days dah nk masuk syawal..means dah nak raya ler....

Apa2 pun selamat berterawih dan bersahur ye.....bye

Thursday, January 8, 2009

Mengenal erti dunia manusia

Daripada bayi,kepada dunia kanak2, singgah alam remaja, go to alam dewasa..sepatutnya dah cukup akal fikiran..dah cukup budi bahasa..ajaran cukup sempurna daripada ibubapa. jangan salahkan ibubapa jika golongan ini masih tak cukup diajar..maknanya kurang ajar.
sebelum nak jadi mak atau ayah rasanya dah pergi kursus nikah kahwin..tak cukup lagi dengan penerapan ajaran2 murni..memang ler


aper yang penting.. penerapan nilai2 murni perlu ader dalam setiap diri manusia..apatah lagi bila masuk dalam dunia kerjaya, ajaran moral dan akhlak yang mulia banyak di tekankan untuk menjadi pekerja yang sempurna..kita tak boleh main redah dalam semua perkara...

Setiap perbuatan bertindaklah dengan waras, jangan ikut hentam kromo sahaja...kita tak tau lama mana lagi kita akan berada di dunia ni..sejauh mana kita di sayangi,sejauh mana rezeki kita,,,aper yang penting akal...tanpa akal gelap dunia kita...masalahnyer kalau ader akal jer, tapi tak tau nak guna..baik tak payah idup..pi ler mana2 asalkan tak nyusahkan orang..


Kadang kala emosi perlu kawalan..gunalah remote control yang ader kat kepala masing2...


AWAS ...

(LIHAT LAH...ISRAEL...SEBAB AKAL lah DIA ORANG JADI MACAM TU)..

ingat lagi...kata2 kawan saya kak ida.."i feel something here'

Dari mai...
YANG TAK BERKAIT JANGAN NAK BANYAK FIKIR2 lak apaer yang saya tulis ni

Boikkot Produk Yahudi

Kawan2..

Kat cni kita guna tulisan merah sbb kita nak marah,,....yahudi punya pasal..apakah gelaran yang sepatutnya utk golongan ini....??????????

satu hal lagi...mai kita pakat sama2 boikot produk dia orang yang cukup glamor kat MALAYSIA...NAk tau Produk aper... hang per bleh baca kat laman PPIM..Just taip PPIM...


"""COKE, COLGATE dan STARBUCKS...HAPUSKAN DI BUMI MALAYSIA"""


Mulai dari ari ni kiter nak ajak budak2b kiter pakat boikot produk mereka...tak sedap pun..mahal nyer ader ler...



JOMMMMM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, November 4, 2008

Kemelesetan ekonomi berulang kembali...

Zaman Kemelesetan Dunia tahun 1927 dan 1929 terbayang lagi: Gambaran pasaran yang merudum, nilai mata wang yang mengecil, pembuangan kerja beramai-ramai dan sistem kewangan yang hancur. Cuma masa itu, dunia belum dihuni oleh manusia seramai sekarang, nilai kekayaan tidak sebesar mana, planet ini masih belum terbuka luas sempadannya dan globalisasi masih impian peramal masa depan.

Hari ini globalisasi dan dunia tanpa sempadan mencorakkan dunia moden. Maklumat datang sepantas cahaya. Sistem kewangan dunia berangkai sifatnya dan apapun yang berlaku di satu penjuru dunia akan terasa kesannya di tempat lain. Maka itu implikasi dari merudumnya bursa-bursa utama dunia pada awal bulan ini pasti mempunyai implikasi luar biasa pada ekonomi dunia, sistem kewangan global dan masyarakat manusia seluruhnya.

Dalam masa dua hari - pada 6 dan 7 Oktober - kerugian di pasaran saham dunia bernilai AS$6,500,000,000,000 ($6.5 trilion atau RM21.4 trillion). Di Bursa Malaysia sahaja anggaran kerugian dalam masa seminggu dijangka RM57 bilion. Pada 19 Oktober sahaja, nilai kerugian di pasaran saham kita dijangka RM25 bilion. Dalam sehari itu, kita boleh membina lima buah Menara Berkembar Petronas atau tiga buah Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS). Begitulah buruknya keadaan pasaran saham yang sekali gus menjejaskan syarikat dan manusia yang bekerja di dalamnya.

Sudah terlalu lama pasaran saham bermaharajalela di atas prinsip kapitalisme yang mulai dipersoalkan. Malah inilah masanya orang mulai menanyakan tentang sistem kapitalisme itu sendiri, serta segala salah lakunya. Masalahnya, atas nama pasaran terbuka atau free market, pertimbangan yang dibuat selalunya bukan atas landasan kukuh atau fundamental yang sebenar. Spekulasi, andaian, khabar angin malah persepsi mencorakkan pasaran. Selalunya keutuhan syarikat, amalan kewangan yang terpuji, amalan tadbir urus yang baik dan nilai etika tidak pernah diberi perhatian.

Hero kapitalisme merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang membuat pulangan ratusan juta ringgit pada syarikat. Ada kalanya mereka menipu angka, memutar belit kenyataan dan menyalahgunakan kuasa. Tembelang mereka hanya terbongkar kemudian. Sebelum itu mereka diberikan ganjaran besar dengan bonus luar biasa dan kemudahan percuma yang terlalu banyak. Banyak syarikat yang menjadi senama dengan tokoh-tokoh ini. Memang tidak ada salahnya hal itu. Syarikat dan pemilik serta CEO memang menjadi sebahagian daripada imej malah jenama syarikat berkenaan. Ada kalanya mereka menjadi sebahagian daripada "branding" syarikat berkenaan. Mereka dewa baru kapitalisme.

Memang banyak daripada syarikat ini yang menjadi raksasa yang nilainya lebih besar dari banyak negara di dunia. Tidak menghairankan nilai syarikat raksasa multinasional (MNC) melebihi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) banyak negara di dunia. Mereka merupakan penakluk atau penjajah baru di dunia hari ini menggantikan penjajahan kolonial. Mereka menggaji ratusan juta manusia selain membayar cukai berbilion ringgit pada kerajaan yang menjadi tuan rumah. Bayangkan sekiranya syarikat-syarikat ini bermasalah.

Selain daripada itu manusia moden memulakan tabiat baru yang dianggap fesyen dan melambangkan status mereka - berhutang. Kemudahan pinjaman membolehkan mereka hidup melebihi kemampuan. Budaya berhutang tidak dicemuh, sebaliknya disanjung. Kemewahan dan hutang menjadi sama ertinya. Semakin banyak hutang semakin bergaya. Atau untuk bergaya, banyakkan lah berhutang. Ungkapan orang Melayu, biar papa asal bergaya, menjadi mantra baru masyarakat moden.

Di AS, setiap isi rumah secara purata mempunyai 13 kad kredit. Kad kredit menjadi lambang gaya baru dan membawakan prestij yang tersendiri. Rakyat AS banyak berhutang. Hutang bagi isi rumah di AS kini mencecah RM46.2 trilion dari hanya RM2.2 trilion pada tahun 1974. Di AS, dasar untuk membolehkan setiap orang memiliki rumah menyebabkan syarikat peminjam memberikan insentif yang begitu hebat. Ada yang menawarkan pinjaman tanpa bayaran mula atau tanpa bayaran balik selama 24 bulan. Setiap orang membeli rumah. Pinjaman perumahan tidak terkawal menjadi punca krisis kewangan di AS masa kini. Apabila peminjam gagal membayar, banyak syarikat pinjaman menghadapi masalah besar. Banyak yang jatuh bankrap.

Pada keseluruhannya AS merupakan negara berhutang. Pada tahun 1900 hutang negara pada tahap RM10 trilion dan jumlah menjadi dua kali ganda pada tahun 2000. Hari ini angka itu dipercayai mencecah RM33.6 trilion. Apa yang dilakukan oleh AS ialah mencetak lebih banyak duit atau meminjam lebih banyak lagi. Untuk memodali perang dan pengekalan kuasa sekutunya di Afghanistan dan Iraq, AS terpaksa meminjam lebih banyak lagi. Ini perang yang memakan belanja RM3.3 trilion setakat ini.

AS selama ini enggan mengenakan kadar faedah yang tinggi bagi mengekang pinjaman. Ubat pahit tidak baik untuk AS – itulah pendirian mereka. Maka itu wang dibuat di atas angin, kadangkala cagaran juga tidak dapat dipegang. "Leverage" digunakan sebagai makna lain bagi "hutang" - selalunya atas harta atau sumber yang belum tentu boleh dipegang atau punya nilai. Kita semua tahu ekonomi AS berkembang dengan "mengalih-alihkan" sumber sedia ada.

Hukum alam yang mengatakan berhutang mengikut kemampuan tidak diguna pakai lagi dalam kehidupan moden hari ini. Malaysia tidak terkecuali. Penggunaan kad kredit misalnya sudah sampai pada tahap yang membimbangkan. Begitu juga tabiat meminjam yang melampau menjadi budaya yang satu hari nanti akan menjerat leher peminjamnya. Sehingga krisis terjadi, pelanduk selalu melupakan jerat.

Moral ceritanya dunia harus mengubah cara. Satu rejim kewangan baru harus disediakan bagi menangani isu ini. Disiplin fiskal yang baru diperlukan. Begitu juga sikap baru Rizab Persekutuan AS, Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia bagi mengelakkan hal ini dari berulang. Pada waktu yang sama negara-negara G7 harus bersedia membuat perubahan besar sikap dan cara. Minggu lalu wakil dari 180 buah negara berkumpul di Washington DC. bagi menghadiri mesyuarat tahunan IMF dan Bank Dunia. Mereka harus sedar bahawa kali ini punca gempa bumi krisis ekonomi 2008 ialah di AS. Oleh kerana AS merupakan ekonomi yang terbesar di dunia dan menjadi pengguna terbesar banyak bahan mentah dari seluruh dunia, maka kesannya pada ekonomi global akan begitu dirasakan. AS juga membeli dari banyak negara membangun, banyak negara ini akan juga menghadapi masalah.

Lebih penting lagi ialah perlunya amalan baru dalam pengurusan kewangan di AS. AS menjanjikan pelan bantuan melebihi RM2.3 bilion untuk membantu syarikat-syarikat bermasalah. Sekiranya duit satu dolar AS disusun, jumlah sebanyak itu akan menjadi setinggi 80 kilometer. Kerajaan United Kingdom (UK) juga menjanjikan RM3 bilion bagi menambah modal lapan buah banknya yang bermasalah. Ibu negara UK, London, kini menguasai 36 peratus pasaran pertukaran mata wang dunia dan lebih separuh perniagaan dalam ekuiti asing. Hari ini juga London menjadi tuan rumah pada 254 bank asing. Tidak hairanlah kerajaan UK perlu melindungi banknya sendiri.

Memanglah awan tebal sedang menyelubungi ekonomi dunia. Tetapi itu tidak bermakna kita membayangkan kehancuran ekonomi atau bencana kemelesetan tahun 1907 dan 1929 berulang. Tindakan pantas dan drastik yang diambil setakat ini akan mengembalikan kestabilan pasaran. Masa depan berbilion manusia bergantung pada keberanian pembuat dasar agar bencana ini tidak menjadi lebih buruk atau berulang.

INFO



Dalam masa dua hari - pada 6 dan 7 Oktober - kerugian di pasaran saham dunia bernilai AS$6,500,000,000,000 ($6.5 trilion atau RM21.4 trillion).


Kerugian di Bursa Malaysia pada 19 Oktober sahaja membolehkan kita membina lima buah Menara Berkembar Petronas atau tiga buah Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS).


Hero kapitalisme merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang membuat pulangan ratusan juta ringgit pada syarikat. Ada kalanya mereka menipu angka, memutar belit kenyataan dan menyalahgunakan kuasa.


Hukum alam yang mengatakan berhutang mengikut kemampuan tidak diguna pakai lagi dalam kehidupan moden hari ini.


Di AS, setiap isi rumah secara purata mempunyai 13 kad kredit. Kad kredit menjadi lambang gaya baru dan membawakan prestij yang tersendiri.


Hari ini juga London menjadi tuan rumah pada 254 bank asing. Tidak hairanlah kerajaan UK perlu melindungi banknya sendiri.

FRom :Adha(cR)

kreativiti dan daya intelektual...

Incredible what can be done with an eggshell and a laser beam.














'A true friend is someone who knows you're a good egg even if you're a little cracked.'

Kepada : 6 AK 1

anak2..

dah lama cikgu tak tgk muka korang,,,hang pa p maner,,

STPM dah hampir..kurang tido lg ek...wake-up2

dtg mai jumpa cg_mai ok..

From :

Cg_mai